Rujukan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)

     Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) untuk menggantikan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2003 (SKPM2003) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM 2010). Perubahan ini adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan perkembangan bidang pendidikan semasa.

    Semua sekolah di bawah KPM akan melaksanakan Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) menggunakan instrumen SKPMg2 mulai 1 Mac 2017. Penilaian akan dilakukan sepanjang tahun dan semakan hasil penilaian akan dibuat sebanyak tiga kali setahun iaitu pada bulan Mac, Julai dan November.

    SKPMg2 merupakan instrumen yang digunakan untuk memandu sekolah ke arah proses kerja yang betul dan meningkatkan akauntabiliti pihak pengurusan sekolah  SKPMg2 merupakan instrumen yang digunakan untuk memandu sekolah ke arah proses kerja yang betul. Ia juga membolehkan penilaian sekolah dan guru agar menjadi lebih holistik.

    Mulai tahun 2019, bagi mengurangkan isu beban tugas guru berkaitan pelaksanaan SKPMg2 di mana guru perlu membuat semakan berkala terhadap tugas mereka dan menyediakan dokumen atau eviden berkaitan tugas tersebut, Jemaah Nazir telah memperkenalkan beberapa tindakan untuk menangani isu ini :

i. Pelaksanaan Audit SKPMg2 oleh pihak Jemaah Nazir telah diberhentikan dan sekolah          hanya perlu melaksana audit kendiri bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan masing-masing.

ii. Fasa semakan dan penilaian kendiri dibuka dua kali setahun iaitu pada bulan Januari           hingga Mac (Fasa 1) dan Ogos hingga November (Fasa 2) berbanding tiga (3) kali                sebelum ini. Sistem Online sentiasa dibuka untuk dikemaskini dan pemantauan oleh PGB.

Sila dapatkan rujukan dan maklumat lanjut berkaitan SKPMg 2 berdasarkan pautan berikut:

1)     Panduan SKPMg2

2)     eBook SKPMg2

3)     Dokumen SKPMg2 (Versi Pelancaran)

4)     Lagu Tema SKPMg2

5)     Minus One Lagu Tema SKPMg2

6) Instrumen SKPMg2

7) Pelaksanaan SKPMg2

8) Kandungan dan Pengiraan Skor 

9) Tapak SKPMg2

10) SKPMg2 : Standard 1 

11) SKPMg2 : Standard 2

12) SKPMg2 : Standard 3.1

13) SKPMg2 : Standard 3.2

14) SKPMg2 : Standard 3.3

15) SKPMg2 : Standard 4

16) SKPMg2 : Standard 5

   

Comments